Sunday, August 22, 2010

Berhentilah sebarkan aib orang lain!!

Berhentilah sebarkan aib orang lain!!!



Aku membuka laman favourite tu(facebook). Mak ai banyaknya notification... Aku membaca status dan video yang ditag oleh orang lain. Mana yang aku berkenan aku akan komen dan puji.yang tak aku akan remove tag terus. Aku dah cukup bosan ngan 'orang yang selalu anggap dirinya lebih mulia'. Mungkin niat mereka baik untuk memberi pengajaran pada yang lain. Namun mereka terlupa satu perkara. Nabi Muhammad telah mengajar kita cara-cara berdakwah yang baik iaitu nasihat yang baik,pengajaran yang baik dan berdebat dengan baik. Tetapi adakah kita mengikut semua ni? Semuanya terlalu taksub menyebarkan aib orang lain. Apakah yang mereka harap dengan melakukan penyebaran tersebut? Ambil pengajaran? Tapi kebanyakan yang saya lihat,apabila melihat video tentang keburukan orang lain,semuanya lebih cenderung untuk mengutuk dan memfitnah. Namun ada juga yang mengeluarkan kata-kata yang baik. Ada juga yang meminta agar diberhentikan buat video seperti ini. Aku hanya memerhati. Pernah juga ku tegur seorang hamba Allah ni.

"Kenapa kamu mengatakan kamu laknat kepada dia?

"sebagai bukti tak setuju dan tak redha sangat-sangat.. aku membenci perbuatannya sangat-sangat. Dia dah memalukan orang Islam. Sepatutnya dia tak boleh buat macam itu."katanya. Aku hanya terdiam.

"Oh,kamu suka ek jika diperlakukan begitu?"balasku.

"Maksudmu?"

"Biasanya jika seseorang itu menghina orang lain atas perbuatan yang dilakukannya itu,itu bermakna dia juga kena terima kemungkinan bahawa satu hari nanti dia akan menggantikan tempat orang yang dihinanya dulu. Dan kamu juga kena terima kemungkinan yang orang lain juga akan sebarkan aibmu. Kamu juga harus terima kemungkinan juga yang orang lain akan menghinamu seperti yang kamu lakukan terhadap dia. Laknat tuh hak Allah... siapa kita untuk melaknat orang lain.." dia hanya terdiam. Aku berharap pemikirannya berubah. Namun tidak.

"Jika kamu fikir balik ,dia dah la tak tutup aurat. Dia sendiri merelakan dirinya menjadi tontonan orang lain. Dia sendiri macam suka jadi bahan tatapan!

"walaumacammana pun kita kena jaga aib dia walaupun dia tidak menjaganya. Tidakkah kamu kasihan padanya? Tentulah dia malu. Seharusnya jalan terbaik adalah nasihatinya. Janganlah kamu anggap dirimu lebih mulia dari pelaku dosa kerana mungkin satu hari nanti dia akan berubah dan jannah tempatnya. Dakwah yang tak betul punca seseorg itu membenci Islam."

"dah tegur. Tapi degil."

"hanya tegur sekali dah putus asa? Hanya kerana dia tak menerima teguranmu kamu terus menghukum dia? Kita hanya penyeru bukan penghukum. Soal hidayah rahsia Allah. Bersabarlah dalam berdakwah. Memang apabila melihat seseorang melakukan keburukan. Hati ni meronta-ronta nak lihat dia berubah. Bila lihat orang lain menghina Islam,hati meronta-ronta marah padanya. Tapi bersabarlah. Mungkin pada masa itu dia dalam keadaan jahil. Boleh jadi satu hari nanti dia akan mengetahui. Janganlah mudah membuat kesimpulan tentang orang lain. Jika hari ini kamu mengenalinya dengan satu sifat,janganlah pada keesokan harinya kamu anggap dia sama. Manusia berubah setiap saat. Pendek kata, SEBAGAIMANA KAMU TAK SUKA ORANG LAIN MELAKUKAN PERKARA ITU TERHADAPMU,MAKA KAMU JANGANLAH LAKUKANNYA PADA ORANG LAIN." SEKIAN....